Pedofilia Lakukan Serangan Seksual Terhadap Bayi, Kanak-Kanak Ketika Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 8:53 AM

Richard Huckle.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Seorang lelaki warga British yang juga penghidap pedofilia mengakui melakukan serangan seks terhadap kanak-kanak seawal usia enam bulan dengan beberapa mangsanya terdiri daripada keluarga miskin di Malaysia.

Richard Huckle, 30, mengambil gambar dan rakaman video yang menunjukkan dirinya mendera kanak-kanak yang dimuat naik dalam laman web gelap.

Penyiasat menjumpai lebih 20,000 imej tidak senonoh di dalam komputer miliknya.

Malah Huckle turut menyimpan lejar berkaitan serangan yang dilakukannya dan menulis manual yang dipanggil “Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide”.

Maklumat grafik memperincikan puluhan kesalahan seksual dilakukan Huckle tersebar buat pertama kalinya pada Rabu semasa sesi pendengaran bagi menentukan hukumannya yang bermula di London.

Huckle berdepan sejumlah 91 pertuduhan termasuk 23 mangsa merupakan kanak-kanak di Kuala Lumpur di mana dia menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.

Mangsanya berusia antara enam bulan dan 12 tahun dan kesalahan itu dilakukan antara tahun 2006 dan 2014.

Pendakwa Brian O'Neill berkata pertuduhan penganiayaian termasuk mengambil gambar kanak-kanak dan memuat naik secara dalam talian.

Huckle ditahan di lapangan terbang Gatwick London pada Disember 2014 ketika pulang ke Britain dari Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Krismas.

Dia pada mulanya menafikan semua 91 pertuduhan itu tetapi kemudiannya mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan semasa perbicaraan yang berikutnya.

Dakwaan itu termasuk 14 pertuduhan rogol dan 31 serangan seksual.

Hakim Peter Rook berkata beliau sedang mempertimbangkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Huckle yang dianggapkan melakukan jenayah serius.

Huckle yang berasal dari Ashford, tenggara England muncul di Mahkamah Jenayah Tengah London atau lebih dikenali sebagai Old Bailey untuk pendengaran hukuman yang dijangka berakhir pada Jumaat ini.

Laporan kes itu amat terhad sehingga kini kerana penyiasat mahu mangsa selamat daripada pemangsa seksual dalam talian.



Tags / Kata Kunci: pedofilia , Richard Huckle

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan