Binaan Lego Ambil Masa Tiga Hari Untuk Disiapkan Musnah Sekelip Mata

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

CHINA: Binaan blok Lego yang mengambil masa tiga hari untuk dibina telah dimusnahkan oleh seorang budak lelaki Cina dalam masa sejam selepas ia dipamerkan pada Ahad (29 Mei).

Zhao, seorang artis muda dari bandar Wenzhou, membelanjakan lebih dari 100,000 yuan (RM63,284) untuk patung musang bernama Nick, dari filem animasi Zootopia.

Beliau mengambil masa selama tiga hari tiga malam untuk membina patung dengan 1.8 meter tinggi itu, yang telah dipamerkan di ekspo Lego di Ningbo.

Walau bagaimanapun, ia tidak lama di situ. Dalam masa sejam pembukaan ekspo ini, seorang budak lelaki berusia empat tahun meletakkan tangannya di atas hasil kerjanya itu dan secara tidak sengaja menolaknya ketika sedang bergambar.

Kejadian berlaku walaupun terdapat tanda amaran 'jangan sentuh' berhampiran karya seni itu dan semua patung di pameran itu telah dipisahkan daripada pengunjung dengan tali.

Menurut akhbar berbahasa Cina, ibu bapa kanak-kanak itu memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi tetapi Zhao enggan menerimanya, dengan berkata ia berlaku secara tidak sengaja.

"Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memecahkannya," katanya, menurut CCTVNews.

Zhao dilaporkan berkata: "Banyak usaha diperlukan untuk membina arca itu, terutama pada bahagian mata di mana saya terpaksa menukarnya banyak kali."

Menurut BBC News, hashtag #ManSpends3DaysAndNightsBuildingBlocks telah digunakan lebih 13,000 kali di media sosial China selepas kejadian itu.

Namun, ini bukan kali pertama binaan atau karya seni telah dimusnahkan oleh pengunjung.

Minggu lepas, rakaman CCTV dua budak lelaki mematahkan ukiran kaca di Muzium Kaca Shanghai di China telah dikeluarkan.
Tags / Kata Kunci: Lego , musang Zootopia , pameran Lego

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan