Lelaki Di Australia Hilang Kaki Diserang Jerung

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Seorang peluncur berada dalam keadaan kritikal selepas diserang jerung dalam kejadian yang berlaku di barat Australia, Selasa.

Serangan itu berlaku di Pantai Falcon, pinggir bandar selatan Perth, lewat Selasa, tidak lama selepas pertubuhan sukarela, Surf Life Saving WA, menulis di Twitter bahawa jerung, dipercayai berwarna putih dan bersaiz besar, telah dilihat di kawasan itu.

Akhbar The West Australian melaporkan bahawa Ben Gerring, 29, berada bersama sekumpulan peluncur lain apabila diserang seekor jerung sehingga kaki kanannya terputus hingga paras atas lutut.

Rakan-rakannya telah mengheret lelaki itu yang mengalami banyak pendarahan ke pantai dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

"Saya berpaling dan menoleh ke belakang dan saya dapat percikan libasan di sekelilingnya dan saya dengar dia menjerit meminta pertolongan," kata rakannya, Sheldon Spencer kepada akhbar itu.

"Kakinya telah hilang...salah seorang daripada kami mula melakukan CPR. Kami buat apa yang boleh."

Dia dibawa ke hospital Royal Perth dengan helikopter di mana dia dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Presiden Kelab Peluncur Air Mandurah Brian Williams berkata ibu Gerring berada di tempat kejadian.

Jabatan Perikanan Australia Barat berkata perangkap jerung akan dipasang pada Rabu dalam percubaan menangkap haiwan itu dengan berkata 'wujud satu ancaman serius kepada keselamatan awam'.

"Melihat kepada ciri kecederaan dan lokasi kejadian, mungkin seekor jerung putih, bersaiz tiga meter atau lebih, yang bertanggungjawab," katanya.

Pakar berkata serangan semakin meningkat kerana sukan air menjadi lebih popular.
Tags / Kata Kunci: diserang jerung , peluncur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan