40 Bangkai Anak Harimau Ditemui Dalam Kuil Di Thailand

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa hidupan liar Thailand menemui 40 bangkai harimau dalam peti sejuk di Kuil Harimau pada Rabu susulan tekanan antarabangsa berhubung dakwaan penyeludupan haiwan berkenaan.

Ketika serbuan, 40 ekor bangkai anak harimau ditemui dalam peti sejuk di ruang dapur, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Adisorn Nuchdamrong.

"Ia mesti ada nilai kepada kuil ini, sebab itu mereka menyimpannya. Tapi persoalan untuk apa...adalah diluar pengetahuan saya," katanya.

Sami di kuil itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kuil Buddha di wilayah Kanchanaburi di barat Bangkok itu menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Namun kuil itu telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan hidupan liar.

Pihak berkuasa telah memindahkan sebanyak 52 ekor harimau dari kuil berkenaan sejak Isnin.

Menurut Adisorn, terdapat kira-kira 85 ekor harimau masih berada dalam kuil berkenaan. Reuters

Tags / Kata Kunci: Kuil Harimau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan