Serangan Militan Korbankan 12 Penyokong Real Madrid

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

BAQUBA: Empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ketika menceroboh premis Kelab Penyokong Real Madrid di sini hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 terkorban.

Ketika serangan itu, penyokong pasukan Real Madrid itu sedang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara melibatkan pasukan tersohor itu.

Tragedi terbaharu ke atas peminat bola sepak itu berlaku kira-kira 64 kilometer ke utara ibu kota Iraq, Baghdad pada Sabtu lepas.

Presiden kelab peminat itu, Ziad Albidani memberitahu media, serangan berlaku pada penghujung perlawanan itu sebelum sepakan penalti yang menyaksikan Read Madrid muncul juara selepas menewaskan lawannya, Atletico Madrid.

Kejadian itu juga mengakibatkan lapan penyokong lain cedera.

Akhbar Daily Mail melaporkan, semua mangsa berusia antara 18 hingga 30 tahun dan dipercayai warganegara Iraq.

Bagaimanapun, empat lelaki bersenjata yang melancarkan serangan itu sempat melarikan diri.

Serangan serupa berlaku pada 13 Mei lepas apabila beberapa pejuang IS bersenjatakan raifal AK-47 menyerang penyokong Real Madrid di Balad dekat Baquba. Kejadian di kafe Al Furat itu menyebabkan 16 terbunuh.

Kebanyakan mangsa merupakan peminat Real Madrid tetapi beberapa pekerja kafe dan pelanggan lain turut terkorban, manakala 10 orang cedera.

IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan kejam itu dan turut menyiarkan gambar keganasan tersebut.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menujukan kemenangan Real Madrid ke atas Atletico kepada peminat mereka yang terbunuh dalam serangan pada 13 Mei lalu.




Tags / Kata Kunci: Al-Furat , Real Madrid , IS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan