Duterte Presiden Filipina Pertama Tak Hadir Majlis Isytihar Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Buat pertama kalinya, majlis rasmi pengisytiharan Presiden Filipina yang berlangsung di Kongres di tidak dihadiri pemimpin yang dipilih rakyat negara itu.

Malahan, Rodrigo Duterte memilih untuk meraikan detik itu bersama penyokongnya di Bandar Davao yang terletak 990 kilometer dari sini, iaitu bandar di mana beliau melaksanakan tugas selaku datuk bandar.

Pemimpin berusia 71 tahun itu menerima 16.6 juta undi dalam pilihan raya Presiden pada 9 Mei lalu, lebih 6.6 juta undi berbanding saingan terdekatnya, bekas Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas.

Duterte mencetuskan kontroversi semasa kempen pilihan raya itu apabila berjanji akan membunuh semua suspek penjenayah terutamanya mereka yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden Filipina.

Beliau turut berikrar akan menghapuskan rasuah dalam institusi kerajaan dan mengembalikan hukuman gantung sampai mati di Filipina yang majoritinya rakyatnya menganut agama Kristian Katolik.

Pada majlis itu, Dewan Senat dan Dewan Perwakilan turut mengisytiharkan anggota Kongres, Leni Robredo sebagai Naib Presiden Filipina yang baharu. 

Robredo, 52, bekas peguam hak asasi terkenal kerana membantu golongan miskin di wilayah kelahirannya di Camarines Sur, tenggara Manila.

Duterte dan Robredo akan menjalankan tugas secara rasmi bermula 30 Jun depan sebaik mengadakan majlis angkat sumpah 
ringkas di Istana Malacanang.

Kedua-duanya mempunyai gaya bekerja berbeza.

Bakal presiden itu berkata, waktu kerjanya mungkin bermula jam 1 tengah hari hingga larut malam sementara bakal naib presidennya, diketahui memang memulakan kerja pada awal pagi.

Mereka juga berbeza pendapat mengenai beberapa isu penting, termasuk isu mengebumikan mendiang diktator, Ferdinand Marcos di kubur pahlawan.

Bagaimanapun, Robredo berkata, dia tetap akan patuh kepada semua keputusan presiden bagi memastikan pentadbiran negara lancar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan