Tentera Turki Diserang, Enam Terbunuh - Berita Dunia | mStar

Tentera Turki Diserang, Enam Terbunuh

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

DIYARBAKIR, Turki: Enam maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah bom diletupkan ketika konvoi tentera melalui kawasan kejadian di sini pada Selasa.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh militan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Tentera Turki dalam satu kenyataan berkata, kenderaan tentera yang membawa anggotanya telah diserang dengan bom yang ditanam di tepi jalan.

Menurut pegawai tentera yang mengesahkan mengenai kejadian itu, kumpulan militan turut kenyerang konvoi berkenaan menggunakan bom roket dan tembakan selepas bom itu diletupkan.

Berikutan itu, kumpulan tentera membalas serangan tersebut dan pasukan tambahan meneruskan usaha menghapuskan militan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan