Lari Dari Tahanan, Polis Thai Tembak Mati Imigran Rohingya

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 11:17 PM

Gambar sebahagian imigran Rohingya yang ditahan polis Thailand pada tahun 2010.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thai menembak mati seorang lelaki Rohingya selepas dia dan 20 orang rakannya melarikan diri dari pusat tahanan imigran di Phang Nga, selatan Thailand awal pagi Isnin.

Komander Polis Wilayah Phang Nga, Worawit Panprung memberitahu media tempatan, tiga daripada tahanan Rohingya itu berjaya diberkas semula dalam operasi yang dilancarkan oleh polis selepas insiden itu.

"Pegawai polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki Rohingya itu apabila dia cuba melontarkan sesuatu ke arahnya sambil berkata insiden itu berlaku apabila anggota polis mendaki bukit dalam usaha memburu imigran-imigran tersebut.

Beliau berkata, polis hanya menyedari mengenai insiden itu pada 3 pagi dan segera melancarkan gerakan untuk memburu kesemua imigran tersebut dan berjaya memberkas semula tiga daripada mereka.

Menurut Worawit, gerakan memburu 17 orang lagi imigran Rohingya yang masih bebas diteruskan.

Kesemua 21 imigran Rohingya dari Myanmar itu ditahan selama setahun di pusat tersebut kerana memasuki Thailand secara haram, kata Pusat Imigresen Phang Nga. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Polis Thai , Rohingya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan