Juruterbang EgyptAir Didakwa Buat Panggilan Kecemasan Sebelum Terhempas

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 8:11 AM

Juruterbang Mohamed Said Ali Shoukair dilaporkan cuba menurunkan pesawat EgyptAir selepas ia dipenuhi asap.

(Ubah saiz teks)

JURUTERBANG EgypAir yang terhempas didakwa membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan trafik udara berhubung pesawat itu dipenuhi asap, lapor media.

Malah juruterbang itu turut dikatakan cuba untuk membuat pendaratan cemas.

Sumber penerbangan memberitahu stesen TV Perancis bahawa salah seorang juruterbang, dipercayai Kapten Mohamed Said Ali Shoukair, 37, telah bercakap dengan pusat kawalan trafik udara selama beberapa minit dalam usaha untuk memastikan pesawat tersebut dalam keadaan terkawal.

Saluran M6 mendakwa juruterbang itu memberitahu menara kawalan di Kaherah mengenai asap memenuhi pesawat dan beliau cuba untuk melakukan penurunan kecemasan.

Dakwaan itu bertentangan dengan versi rasmi yang mengatakan bahawa tiada panggilan kecemasan daripada pesawat malang itu.

'Maklumat baharu' mengenai detik cemas sebelum pesawat itu hilang dari radar diperoleh daripada para pegawai penerbangan Perancis yang tidak bernama.

Bagaimanapun, ia tidak disahkan oleh pasukan siasatan nahas.

Maklumat tersebut didakwa diberikan kepada tiga pegawai penyiasat dari Perancis. 

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu pada awalnya memberitahu terdapat panggilan kecemasan daripada pesawat Airbus itu. - Mirror

Tags / Kata Kunci: EgyptAir

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan