Asrama Terbakar, 17 Pelajar Perempuan Maut

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kebakaran asrama sebuah sekolah swasta di Chiang Rai, utara Thailand telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 pelajar perempuan yang sedang tidur terkorban.

Setakat ini, dua lagi pelajar masih hilang, manakala lima yang lain cedera.

Menurut Komander Polis Daerah Vingpatao, Kolonel Prayad Singsin, kebakaran itu berlaku pada pukul 11 malam ketika sebahagian pelajar sedang nyenyak tidur.

"Ada pelajar yang didapati hilang dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan," katanya.

Sekolah berkenaan menempatkan 38 pelajar perempuan berusia antara 3 hingga 13 tahun.

Sementara itu, Timbalan Gabenor wilayah berkenaan, Arkom Sukapan berkata, pelajar yang hilang mungkin belum tidur dan sempat menyelamatkan diri.- AFP





Tags / Kata Kunci: Chiang Rai , Vingpatao , Prayad Singsin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan