Zoo Tembak Mati Singa Selepas Lelaki Mahu Bunuh Diri Dalam Kandang - Berita Dunia | mStar

Zoo Tembak Mati Singa Selepas Lelaki Mahu Bunuh Diri Dalam Kandang

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Sebuah zoo di ibu negara Chile terpaksa menembak mati dua singa pada Sabtu bagi melindungi seorang lelaki yang mahu membunuh diri selepas memasuki kandang haiwan berkenaan.

Tindakan lelaki yang cuba membunuh diri itu mengejutkan para pengunjung.

Ketua Zoo Santiago, Alejandra Montalva memberitahu rangkaian televisyen TVN bahawa protokol keselamatan dilaksanakan serta-merta selepas kakitangan melihat seorang lelaki menuruni ke kadang singa dari Afrika itu dengan menggunakan tali.

Dua haiwan karnivor tersebut, satu jantan dan satu betina mempunyai naluri untuk menyerang dan perlu ditundukkan.

Beliau menjelaskan bahawa peluru pelali tidak dapat menghentikan serangan serta-merta.

"Kami masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana haiwan-haiwan di zoo merupakan sebahagian daripada keluarga kami," kata Montalva.

"Ia merupakan singa yang telah bersama kami selama lebih 20 tahun."

Lelaki yang mahu membunuh diri itu dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. - AFP


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan