Pensyarah Maut Semasa Turun Dari Puncak Everest - Berita Dunia | mStar

Pensyarah Maut Semasa Turun Dari Puncak Everest

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 11:42 AM

Maria Strydom maut semasa menuruni dari puncak Gunung Everest. Foto Universiti Monash

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang pensyarah warga Australia maut semasa menuruni dari puncak Gunung Everest, menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Ia merupakan kematian kedua di gunung tertinggi di dunia itu dalam beberapa hari.

Kematian pendaki, Maria Strydom disahkan oleh Universiti Monash di Melbourne, di tempat mendiang berkhidmat sebagai pensyarah.

Insiden itu merupakan kematian kedua di Gunung Everest tahun ini.

Tahun lalu, seramai 18 orang terbunuh di 'Everest Base Camp' dalam kejadian gempa bumi.

Jumaat lalu, pendaki warga Belanda, Eric Ary Arnold meninggal dunia selepas tiba di puncak Everest pada ketinggian 8,850 meter itu.

ABC melaporkan bahawa Strydom merupakan sebahagian daripada kumpulan perjalanan yang sama dengan Arnold.

Lebih 330 pendaki telah sampai ke puncak Everest pada bulan ini. - Reuters

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan