Binali Yildirim Bakal Dilantik PM Baharu Turki

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 12:31 PM

Binali Yildirim. Foto AP

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim secara rasmi akan dilantik sebagai ketua parti pemerintah dan perdana menteri baharu pada Ahad.

Yildirim merupakan satu-satunya calon pada kongres luar biasa bagi Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) pada Ahad bagi memilih ketua parti, yang turut bermaksud beliau akan menjadi perdana menteri.

Beliau akan memperkukuhkan cengkaman kuasa mentornya, Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Yildirim yang berusia 60 tahun itu akan menggantikan Ahmet Davutoglu yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua parti.

Perdana Menteri Turki baharu ini dijangka akan menyokong matlamat Erdogan yang ingin mengubah perlembagaan untuk mewujudkan satu sistem presiden dan bukan satu Parlimen semasa. - AFP

Tags / Kata Kunci: Binali Yildirim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan