Pengganas Mungkin Punca Pesawat EgyptAir Terhempas - Pihak Berkuasa Mesir

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Asap dalam tandas pesawat menunjukkan pesawat EgyptAir terbakar sebelum terhempas, demikian lapor penerbitan industri penerbangan.

Selain itu, petunjuk juga sedang dikesan untuk memastikan sama ada tragedi yang mengorbankan 66 penumpang dan anak kapal itu mempunyai kaitan dengan pengganas.

Susulan itu, penyiasat meneliti senarai penumpang dan menyoal anggota kru di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Airport di Paris lokasi ia berlepas.

Pihak berkuasa Mesir berkata, mereka percaya keganasan mungkin menjadi punca nahas berbanding kegagalan peralatan.

Selain itu, sebahagian pakar penerbangan berkata, keadaan pesawat yang tidak menentu menunjukkan letupan bom atau pergelutan dalam kokpit.

Namun setakat ini tiada bukti mengenai perkara itu.

Tiada kumpulan militan mendakwa bertanggungjawab menyebabkan kapal terbang itu terhempas.

Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat terapung, bagasi dan kerusi daripada pesawat malang itu di Laut Mediterranean.

Bagaimanapun, kesukaran dihadapi untuk mengesan bangkai dan kotak hitam bagi memastikan punca nahas. 

Pesawat Airbus 320 itu terbang secara normal di ruang udara dalam penerbangan waktu malam ke Kaherah awal Khamis lalu apabila tiba-tiba condong ke kiri, kemudian ke kanan dan berputar ketika terjunam setinggi 11,582.4 meter ke dalam laut, tanpa memberikan isyarat kecemasan.

Laporan AP menyebut di Mesir, negara kelahiran 30 mangsa, ahli keluarga dan rakan berkumpul di masjid untuk menunaikan solat jenazah ghaib.

"Apabila seseorang yang ada sayang meninggal dunia, sekurang-kurangnya ada mayat untuk dikebumikan. Namun kami tiada mayat untuk berbuat demikian sehingga kini," kata Sherif al-Metanawi, rakan sejak kecil juruterbang Mohammed Shoukair.  - AP

Tags / Kata Kunci: Paris , Mesir , EgyptAir , Laut Mediterranean

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan