Pesawat EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Hilang Dari Radar

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Sebuah pesawat EgyptAir dari Paris menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Khamis, EgyptAir berkata syarikat itu akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terkini mengenai pesawat tersebut.

Menurut EgyptAir, pesawat tersebut yang berada pada kedudukan 37,000 kaki hilang kira-kira pukul 2.45 pagi, 20 minit sebelum dijadualkan mendarat pada pukul 3.05 pagi selepas memasuki ruang udara Mesir.

Pesawat dengan nombor penerbangan MS804 itu membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal.

Juruterbang yang mengendalikan pesawat itu merekodkan 6,275 jam pengalaman penerbangan termasuk  2,101 jam menggunakan pesawat Airbus A320 manakala pembantu juruterbang merekodkan 2,766 jam pengalaman penerbangan.

Menurut flightradar24.com, kedudukan pesawat yang berusia 12 tahun itu kali terakhir diketahui di atas Laut Mediterranean.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan pesawat yang hilang itu.

Sumber kementerian itu memberitahu maklumat teknikal mengenai keadaan pesawat tersebut sedang dikumpul.

Tags / Kata Kunci: EgyptAir , hilang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan