Mangsa Culik Boko Haram Pertama Ditemui Selamat Selepas Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 9:37 AM

Remaja mangsa culik dikumpul sambil dikawal ketat anggota puak pelampau Boko Haram dua tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SEORANG remaja wanita yang diculik puak pelampau Boko Haram dua tahun lalu ditemui merayau-rayau bersama bayinya di kawasan hutan Sambisa pada Selasa.

Berusia 19 tahun, mangsa dari Chibok itu adalah yang pertama ditemui selamat selepas terpisah daripada keluarga apabila diculik di kawasan sekolah berasramanya.

Berdasarkan penemuan terbaharu ini bermakna, seramai 218 remaja wanita lagi masih hilang dan pihak berkuasa Nigeria berharap mangsa yang ditemui itu dapat memberi maklumat berkaitan mereka.

Bapa saudaranya menggambarkan mangsa masih dalam keadaan trauma ketika dibawa menemui ibunya.

Malahan, dia juga memberitahu ibunya ada di kalangan mangsa culik itu mati ketika dalam tahanan dan ada yang masih ditahan.

Doktor keluarga mangsa, Idriss Danladi berkata demikian ketika ditemubual AP selepas dimaklumkan ibu mangsa mengenainya.

Pada 14 April 2014, Boko Haram menyerang Sekolah Menengah Awam Perempuan di Chibok dan melarikan 279 pelajar wanita yang sedang membuat persiapan untuk peperiksaan Sains.

Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya 219 yang dapat ditawan puak pelampau itu, manakala bakinya berjaya melarikan diri.

Menurut Danladi, remaja yang diculik ketika berusia 17 tahun itu ditemui pemburu sebelum dia dan bayinya dibawa ke rumah keluarganya untuk disatukan bersama ibunya di Mbalala, Chibok.

Ketiga-tiga mereka kemudian dibawa ke kem tentera di Maiduguri, pada Rabu malam.

Sementera itu, jurucakap tentera, Kolonel Sani Kukasheka Usman pula mendakwa pihaknya telah menahan seorang anggota Boko Haram yang mengaku sebagai suami remaja itu.


Tags / Kata Kunci: Boko Haram , Chibok , Simbisa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan