Kanada Rangka Undang-Undang Lindungi Transgender - Berita Dunia | mStar

Kanada Rangka Undang-Undang Lindungi Transgender

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

MONTREAL: Perkataan "identiti jantina" akan dimasukkan dalam Akta Hak Asasi Manusia Kanada yang dibentangkan di Parlimen negara itu Selasa bagi melindungi golongan transgender.

Ia akan diletakkan bersama perkataan seperti bangsa, agama, jantina dan orientasi seks iaitu antara larangan diskriminasi yang dipertahankan akta berkenaan.

Sebelum ini, Parlimen Kanada pernah membentangkan akta yang hampir sama bagaimanapun ia gagal mendapat sokongan wakil rakyat negara itu. Bagaimanapun, cubaan kali ini dijangka berjaya kerana majoriti pemimpin Liberal yang akan bersidang.

Pada Isnin, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan usaha untuk melindungi golongan transgender menerusi peruntukan undang-undang baharu itu.

"Kita perlu terus mendesak untuk mendapatkan keadilan sebenar untuk semua," katanya.

Tindakannya bagaimanapun berbeza dengan Amerika Syarikat menerusi perundangan yang menyekat hak kumpulan itu.

Malahan, Trudeau akan menjadi perdana menteri pertama yang akan menyertai perarakan gay di bandaraya ini pada Julai.

Tags / Kata Kunci: transgender , Kanada , Justin Trudeau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan