Pesakit Zika Pertama Di Singapura Dibenarkan Keluar Dari CDC

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 11:02 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Lelaki berusia 48 tahun yang merupakan kes pertama jangkita Zika yang diimport ke Singapura 13 Mei lalu, dibenarkan keluar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit  (CDC) di Hospital Tan Tock Seng pada Selasa, menurut laporan Channel NewsAsia.

Memetik Kementerian Kesihatan dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), laporan itu mengatakan bahawa ujian yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap sampel darah mengesahkan pesakit itu negatif untuk virus Zika.

"Ini bermakna, pesakit tersebut tidak akan menyebarkan virus itu walaupun dia digigit nyamuk aedes. Pesakit itu dalam keadaan baik dan telah pulih sepenuhnya," katanya.

Laporan itu turut menyebut anggota keluarga pesakit berkenaan tidak melaporkan sebarang simptom Zika.

Pada 14 Mei lepas, Kementerian Kesihatan dan NEA melaporkan kes pertama jangkitan Zika yang diimport ke Singapura.

Pesakit berkenaan merupakan 'Penduduk Tetap Singapura' dan pernah membuat perjalanan ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac hingga 7 Mei lalu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia pula tidak mengeluarkan sebarang larangan terhadap rakyat Malaysia yang ingin keluar masuk ke negara jiran itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagaimanapun, menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin ke negara itu supaya sentiasa berhati-hati khususnya apabila mengalami simptom seperti demam.

Tags / Kata Kunci: virus Zika , CDC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan