Serangan Di Loji Gas, Tujuh Terbunuh

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Tujuh orang terbunuh selepas penyerang berani mati menyerang loji gas di utara bandar ini pada Ahad.

Serangan yang didakwa dilakukan oleh militan itu mensasarkan loji Taji yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Baghdad.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Saad Maan berkata, seramai lapan penyerang telah memecah masuk loji tersebut pada waktu subuh.

"Sesetengah daripada mereka meletupkan diri manakala yang lain melepaskan tembakan rambang," jelasnya.

Letupan oleh penyerang telah menyebabkan kerosakkan tiga tangki gas.

Kepulan asap hitam turut kelihatan dari luar kawasan loji berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan