152 Peserta Demonstrasi Mesir Dihukum Penjara

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 12:33 PM

Pasukan keselamatan mengawal sekitar kawasan mahkamah Mesir berikutan perbicaraan yang melibatkan lebih 100 tertuduh yang menyertai demonstrasi.

(Ubah saiz teks)

MAHKAMAH Mesir mengenakan hukuman penjara terhadap 152 tertuduh kerana didapati bersalah kerana terlibat dalam demonstrasi yang sememangnya dilarang di negara itu.

Kes terhadap semua tertuduh melibatkan insiden pada 25 April apabila gerakan dilancarkan susulan tindakan kerajaan yang tunduk kepada Arab Saudi dengan menyerahkan dua Pulau Laut Merah menerusi rundingan yang dirahsiakan.

Polis menahan lebih 1,200 orang tetapi membebaskan mereka tanpa sebarang pendakwaan. Bagaimanapun, hampir 300 daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah kerana gagal mematuhi arahan supaya bersurai.

Pada Sabtu, mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap 51 individu kerana kesalahan itu.

Seterusnya pada hari sama, hakim pada dua perbicaraan lain melibatkan peserta demonstrasi sama menjatuhkan hukuman terhadap 101 tertuduh lain. Kumpulan ini dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Menurut pihak mahkamah dan peguam bela tertuduh, seramai 79 daripadanya juga didenda AS$10,000 setiap seorang.

Keputusan kes terhadap 51 peserta demonstrasi itu diumumkan selepas dua perbicaraan, demikian menurut peguam bela, Sarah Rabee yang mewakili kumpulan hak asasi Al-Haqaniya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan