Empat Tentera Thailand Parah, Kenderaan Perisai Terkena Bom Di Pattani

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 8:28 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Empat anggota tentera cedera parah apabila kenderaan berperisai yang dinaiki mereka terkena letupan bom yang ditanam di tepi jalan di wilayah bergolak Pattani, di selatan Thai Isnin.

Ketua Polis Daerah Mayo Kol Jirasert Daongentrakul berkata dalam kejadian 1 petang (waktu tempatan) itu, kenderaan berperisai seberat 7 tan itu rosak teruk akibat terkena letupan bom seberat 50 kilogram itu.

"Sasaran kejadian letupan bom itu adalah anggota tentera yang melakukan rondaan keselamatan berikutan lawatan Gabenor Wilayah Pattani ke pejabat daerah Mayo hari ini," katanya kepada pemberita Isnin.

Kesemua anggota tentera yang cedera itu dihantar ke Hospital Daerah Mayo sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Pattani bagi mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Menurutnya polis kini giat memburu mereka yang dipercayai terlibat dengan kejadian letupan bom itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan