Surabaya Akan Haramkan Minuman Beralkohol

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Menurut Jakarta Post, bandar kedua terbesar di Indonesia itu telah meluluskan undang-undang kecil bagi mengharamkan minuman beralkohol dan undang-undang berkenaan akan digubal selepas mendapat pengendorsan daripada Gabenor Surabaya.

Akhbar berkenaan memetik Speaker Majlis Perundangan Surabaya, Armuji, sebagai berkata, di bawah undang-undang kecil itu, hukuman terhadap pesalah termasuklah amaran bersurat, denda pentadbiran, penutupan sementara perniagaan, pembatalan lesen perniagaan dan menutup perniagaan.

"Pesalah juga akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda tidak lebih daripada Rp50 juta (kira-kira RM15,000).

"Undang-undang kecil itu meliputi sebarang jenis minuman beralkohol yang mempunyai kandungan lebih 10 peratus alkohol, termasuk minuman tradisional dan minuman keras bercampur," katanya.

Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja.

Kerajaan Tempatan Papua telah mengharamkan minuman alkohol di wilayah berkuat kuasa Mac lepas.

Menurut data Polis Papua, 86 orang terbunuh, 264 cedera dan 839 cedera ringan sejak 2013 dalam kes berkaitan alkohol.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Surabaya , alkohol

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan