11 Maut Serangan Bom Di Kilang Gas Baghdad

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Serangan bom di sebuah kilang gas memasak di utara pinggir bandar ini mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa, termasuk anggota polis dan mencederakan 21 yang lain.

Sumber polis berkata, kereta yang dipasang bom diletupkan di pintu masuk premis di Taji pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan.

Kata sumber itu lagi, enam penyerang memakai jaket yang dilengkapkan dengan bahan letupan memasuki pekarangan kilang sebelum terserempak dengan pengawal keselamatan.

Jurucakap pasukan keselamatan Baghdad berkata, dalam kejadian itu, tiga stor gas di kilang itu dibakar dalam kejadian berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Taji , bom , Baghdad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan