Susannah, Wanita Tertua Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 7:09 AM

TINGGAL KENANGAN... Susannah ketika sedang menikmati sarapan paginya di rumah warga tua di Brooklyn.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Wanita tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 116 tahun di New York, malam Khamis.

Perunding kanan Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Los Angeles, Robert Young berkata, wanita itu yang sakit sejak 10 hari lalu, meninggal dunia di rumah warga tua di Brooklyn, yang didiaminya sejak tiga dekad lalu.

Susannah dilahirkan di sebuah kawasan ladang berhampiran Montgomery, Alabama pada 1899.

Dia mempunyai 11 adik-beradik dan belajar di sekolah yang dikhaskan untuk pelajar kulit hitam.

Selepas tamat sekolah menengah pada 1922, dia bekerja di ladang untuk membantu keluarganya.

Setahun kemudian Susannah bekerja sebagai pengasuh, sebelum berpindah ke New Jersey dan selepas itu berhijrah ke New York.

Menurut ibu saudaranya semasa temubual bersama agensi berita The Associate Press pada 2015 mendedahkan Susannah pernah berkahwin selama beberapa tahun, tetapi dikurniakan anak.

Ahli keluarganya percaya kasih sayang keluarga dan tabiat memakan buah-buahan dan sayur segar ketika membesar di ladang selain sikapnya yang pemurah antara faktor dia panjang umur.

Susulan kematian Susannah, kini, Emma Morano dari Itali menjadi mengambil alih gelaran wanita tertua di dunia.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan