"2007 OR10" Planet Kerdil Ketiga Terbesar Dalam Sistem Solar

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

NASHVILLE: Ahli saintis mengesahkan planet kerdil yang hanya dikenali sebagai 2007 OR10 adalah salah satu objek terbesar di luar orbit planet Neptune tanpa kita sedari.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), planet tersebut merupakan planet bersaiz kecil yang ketiga terbesar dalam sistem solar.

Misi mencari planet kecil itu merupakan tugas sukar tetapi Teleskop Kepler yang direka untuk mengesan planet baru membantu ahli saintis mengkaji semula saiz planet tersebut.

Saintis turut menggunakan data dari misi Agensi Angkasa Eropah, Herschel.

“2007 OR10” yang berwarna merah berukuran 955-batu dalam diameter, kira-kira satu pertiga saiz planet Pluto.

Para saintis berkata planet itu amat gelap mungkin terlindung apabila matahari dan sistem solar pertama terbentuk.

"2007 OR10" turut disifatkan sebagai sebuah planet yang agak menarik.

Planet itu dianggarkan mempunyai putaran masa lebih panjang iaitu selama 45 jam.

Ia masih belum diberi nama secara rasmi buat masa ini.

Namun difahamkan para saintis yang menemui planet tersebut akan menamakan planet berkenaan dalam masa terdekat.





Tags / Kata Kunci: 2007 OR10 , planet kerdil , sistem solar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan