Kebakaran Hutan Kanada Masih Gagal Dikawal - Berita Dunia | mStar

Kebakaran Hutan Kanada Masih Gagal Dikawal

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 3:08 PM

Kesan kebakaran yang memusnahkan penempatan penduduk di Fort McMurray di wilayah Alberta baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

EDMONTON: Kebakaran hutan yang masih gagal di kawal telah mengakibatkan kemusnahan kawasan seluas lebih 2,000 kilometer dan kira-kira 2,400 rumah hangus di sekitar wilayah Alberta.

Sebahagian daripada 1,500 anggota bomba dari wilayah itu bagaimanapun masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan 20 lokasi.

Hampir 100,000 penduduk bandar Fort McMurray telah meninggalkan kediaman mereka kerana ancaman bencana yang memasuki minggu kedua itu.

Terkenal sebagai bandar perindustrian minyak di Kanada, kebakaran itu menimbulkan kebimbangan semua pihak kerana ia memberi kesan terhadap aspek ekonomi dan keselamatan. 

Cuaca lembab di kawasan kejadian juga tidak dapat menghalang api daripada terus merebak.

“Jumlah kerosakan akibat kebakaran itu amat besar yang menelan kos berbilion dolar,” kata Ketua Palang Merah Kanada, Conrad Sauve.

Sauve juga menjangkakan tempoh masa yang panjang diperlukan untuk memulihkan kawasan yang musnah akibat kebakaran itu. – AFP



Tags / Kata Kunci: Alberta , Fort McMurray , Conrad Sauve
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan