Empat Tebusan Rakyat Indonesia Dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 7:00 PM

Joko Widodo

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu berkata empat anak kapalnya yang ditahan sebagai tebusan di selatan Filipina telah dibebaskan.

"Pembebasan itu berlaku kerana penyelarasan antara kerajaan Indonesia dan Filipina," Widodo memberitahu pemberita di istana Presiden di Jakarta, sambil menambah empat mangsa itu berada dalam keadaan sihat.

10 tebusan Indonesia lain yang ditahan oleh kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian militan Abu Sayyaf itu telah dibebaskan pada 1 Mei.


Abu Sayyaf, sebuah kumpulan militan kejam dan  menggerunkan dikenali dengan aktiviti menculik dan mendapatkan wang puluhan juta dolar daripada mangsa tebusan masih menahan empat pelaut Malaysia dan warga Jepun, Belanda, Kanada, Norway dan Filipina.
Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , tebusan Indonesia , Joko Widodo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan