Pilihan Raya Filipina: Rodrigo Duterte Anggap Dirinya Menang

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 9:43 AM

Rodrigo Duterte

(Ubah saiz teks)

MANILA: Calon presiden Filipina yang kerap mengeluarkan komen kontroversi dan lantang bersuara telah menyatakan kemenangan dirinya dalam pemilihan presiden kali ini.

Rodrigo Duterte, yang menjadi Datuk Bandar Davao di selatan Filipina selama 22 tahun itu berkata dia menerima mandat rakyat dengan penuh rasa rendah diri.

Berdasarkan perkiraan setakat ini, Duterte yang juga digelar 'diktator dalam pembikinan' telah meraih 88 peratus undi - 14 juta suara atau enam juta lebih banyak daripada saingan terdekatnya, Manuel Roxas.

Seramai lima calon bersaing dalam pemilihan kali ini untuk menggantikan Presiden Benigno Aquino dan Duterte sejak awal lagi dijangka akan menang.

Aquino tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kali ini kerana sudah tamat dua penggal pemerintahan.
 
Pemimpin berusia 71 tahun ini mendapat sokongan besar disebabkan ketegasan janjinya untuk mengatasi masalah jenayah di Filipina. Beliau, antara lain berjanji akan membunuh ribuan penjenayah dengan mengarahkan polis menembak mati mereka.

Proses pemilihan yang diadakan pada Isnin masih berterusan di beberapa tempat kerana masalah mesin pengiraan undi.

Lebih daripada 100,000 anggota polis dikerahkan sepanjang proses pungutan suara kerana kebimbangan kekerasan yang sering terjadi dalam persaingan politik Filipina sebelum ini.

Minggu lalu, polis berkata sudah berlaku 15 kematian berkaitan pilihan raya.


Komentar kontrovesial lainnya adalah tentang pemerkosaan dan pembunuhan seorang misionaris perempuan asal Australia di penjara Davao pada tahun 1989 dengan mengatakan 'wali kota harus mendapat kesempatan pertama'.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan