NASA Siar Video Transit Planet Utarid

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) menyiarkan video planet Utarid melintasi antara bumi dan matahari pada Isnin.

Kejadian itu merupakan peristiwa astronomi yang jarang berlaku dipanggil sebagai transit planet.

Peristiwa itu hanya berlaku sebanyak 13 kali setiap abad.

"Walaupun planet Utarid mengelilingi matahari setiap 88 hari, bumi, matahari dan planet itu jarang sejajar," jelas NASA menerusi satu kenyataan di laman webnya.

Pada Isnin, peristiwa transit planet Utarid bermula selepas pukul 7 pagi dan berakhir sebelum 3 petang.

Menurut NASA, peristiwa transit menyediakan peluang terbaik untuk mengkaji cara planet dan bintang bergerak dalam ruang - maklumat yang digunakan sepanjang zaman bagi memahami sistem solar dan masih membantu ahli saintis pada hari ini menentukan instrumen mereka.

Ahli astronomi pertama kalinya mengkaji peristiwa transit planet Utarid pada 1631.



Tags / Kata Kunci: NASA , transit planet , Planet Utarid

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan