Duterte Calon Presiden Filipina Ikrar Perangi Jenayah - Berita Dunia | mStar

Duterte Calon Presiden Filipina Ikrar Perangi Jenayah

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 11:05 AM

Duterte menunjukkan penumbuk yang juga simbol kempen pilihan raya beliau sebagai calon Presiden Filipina.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Proses pengundian Pilihan Raya Presiden Filipina bermula Isnin  selepas melalui tempoh berkempen yang menguji keberkesanan pemerintahan pemimpin elit negara ini selama ini.

Situasi semakin panas apabila pelbagai pihak mendedahkan kegagalan pemerintah menangani kemiskinan dan ketidakseimbangan di sebalik pertumbuhan ekonomi.

Tinjauan pendapat menjelang pilihan raya menunjukkan Rodrigo Duterte, Datuk Bandar selesa mendahului empat pencabarnya untuk menjadi presiden.

Duterte, 71 yang peramah menang dalam pemilihan Datuk Bandar selama tujuh kali di bandar raya itu sejak 1988.

Kempen Duterte yang juga bekas pendakwa raya itu memberi tumpuan kepada undang-undang dan perintah mengenai kebimbangan berhubung rasuah, jenayah dan penyalahgunaan dadah, tetapi bagi ramai yang lain, retorik dan percakapannya mengenai pembunuhan di luar undang-undang membimbangkan puak kuku besi masa lalu negara itu.

"Simbol kempen Duterte adalah penumbuk, bertujuan melanggar undang-undang, tetapi juga menyasarkan segelintir golongan yang menguasai negara.

"Mesejnya diterima golongan miskin yang kecewa dengan kerajaan tetapi peminatnya daripada semua peringkat," kata penulis dihormati Filipina, Miguel Syjuco.

Katanya, slogan kempen Duterte 'perubahan akan datang' adalah mesej tepat daripada pembawa mesej yang salah.' -- Reuters


Tags / Kata Kunci: Filipina , Presiden , Rodrigo Duterte

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan