Polis Tahan Lelaki Hempap Tong Di Atas Anak Hingga Mati

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai membunuh anak kandungnya berumur enam tahun dengan menghempap tong gas seberat 3 kilogram di atas kepala kanak-kanak itu, pada Khamis.

Media-media tempatan hari ini memetik jurucakap Polis Daerah Sulawesi Selatan Frans Barung Mangera (gambar) berkata, kejadian berlaku di rumah dua beranak itu di Kampung Bulu-bulu, di daerah Tamalanrea, Makassar, Sulawesi Selatan.

Lelaki itu dikatakan hanya tinggal berdua dengan anaknya setelah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lepas.

Katanya, polis menerima panggilan penduduk kampung yang menangkap seorang lelaki dalam rumahnya kerana dipercayai mabuk dan membunuh anaknya sendiri.

Beliau berkata polis menemukan mayat kanak-kanak lelaki itu yang parah di kepala dan hasil siasatan mendapati lelaki itu mendakwa dia tidak sedar telah membunuh anaknya kerana telah dirasuk makhluk halus.

Pada perkembangan lain, Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menggesa polis menahan dan mendakwa sekumpulan remaja yang dikatakan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dikenali sebagai Yuyun di Bengkulu, Timur Laut Sumatera, tiga hari lepas.

Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi membuat desakan itu menerusi akaun twitternya dengan menulis "Tangkap  and  hukum pelaku seberat2nya".

Polis menemukan mayat Yuyun dalam sebuah gaung sedalam lima meter di Kampung Kasie Kasubun di daerah Padang Ulak Tanding sehari selepas ibu bapanya membuat aduan mengenai anak perempuan mereka yang tidak pulang dari sekolah sehingga ke malam.

Kejadian itu berlaku kira-kira satu kilomter dari rumah mangsa dan setelah melancarkan operasi, polis menahan 14 lelaki termasuk beberapa rakan sekolah Yuyun yang dipercayai terbabit membunuh setelah memperkosanya.

Hasil siasatan mendapati kumpulan remaja terbabit dikatakan menganjurkan pesta arak pada waktu tengah hari di rumah seorang rakan mereka dan Yuyun yang baru pulang dari sekolah dikatakan melalui kawasan rumah berkenaan untuk pulang ke rumahnya.

Kumpulan lelaki terbabit dipercayai telah menculik Yuyun dan mengheretnya ke kawasan semak berhampiran sebelum merogolnya secara beramai-ramai dan kemudian membunuhnya.

Jokowi yang melahirkan rasa dukacitanya dengan kejadian itu turut memuat naik dalam twitternya dengan menulis "Kita semua berduka atas kepergian YY yg tragis,"

Presiden Indonesia itu juga meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pesalah agar kes seumpama itu tidak berulang malah menggesa masyarakat agar tidak menganiayai wanita dan kanak-kanak.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Bunuh , Tong Gas

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan