Wanita Diselar Suruh Cucu Kencing Atas Permaidani Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 10:55 AM

-foto internet

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita diselar kerana membenarkan seorang kanak-kanak, dipercayai cucunya, membuang air kecil di atas permaidani dalam kapal terbang, lapor dailymail.co.uk

Wanita itu dipercayai telah menyuruh budak perempuan itu kencing di atas permaidani berhampiran tempat duduknya apabila dia mahu pergi ke tandas ketika pesawat sedang bersedia melakukan pendaratan.

Tanpa menyuruh cucunya bersabar, wanita itu dilaporkan terus menanggalkan seluar cucunya dan menyuruhnya kencing di atas permaidani pesawat.

Apabila dikritik penumpang lain, wanita itu memberi renungan tajam kepada mereka, lapor agensi berita CEN.

Kejadian berlaku dalam penerbangan dari Zhengzhou ke Beijing, China pada Sabtu.

Penumpang yang duduk di sebelah mereka telah mengambil gambar dan memuat naik gambar itu di media sosial.

Ketika wanita dan budak perempuan itu mahu turun dari pesawat, penumpang itu cuba menghalang mereka dan melaporkan perkara itu kepada kru penerbangan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah meninggalkan pesawat itu sebelum pramugari sempat berbuat apa-apa.

Sesetengah netizen mengkritik tindakan wanita itu ada juga yang berpendapat penumpang yang melihatnya sepatutnya menghalang budak perempuan itu membuang air kecil di situ.
Tags / Kata Kunci: kencing dalam pesawat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan