Indonesia Cadang Turunkan Biaya Ibadah Haji 2016

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bercadang menurunkan kadar biaya ibadah haji untuk umat Islam negara itu bagi tahun ini.

Media-media tempatan pada Khamis memetik laporan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang menyebut anggota-anggota dewan itu telah mencapai kata sepakat dengan Kementerian Agama supaya biaya haji tahun 2016 diturunkan kepada AS$2,528 berbanding AS$2,717 pada tahun lepas.

Bagaimanapun cadangan itu perlu mendapat persetujuan Presiden Republik Indonesia Joko Widodo sebelum dilaksanakan.

Timbalan Ketua DPR Sodik Mudjahid dipetik sebagai berkata selain menurunkan kadar bayaran itu, DPR juga mencadangkan kerajaan meningkatkan lagi beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk jemaah haji di Tanah Suci kelak.

Katanya antara perkhidmatan yang dinaikkan adalah pemberian makan sebanyak 25 kali di Makkah berbanding 15 kali sahaja tahun lepas, menaik taraf jenis bas dalam perjalanan di kota Arab Saudi, kemudahan dan pelayanan selama di Arafah, Muzdalifah serta Mina.

Sodik berkata kos ibadah haji itu dapat diturunkan kerana pihak pengurusan haji sedang berusaha mendapatkan penurunan kos penginapan di Madinah dan penurunan kos pesawat hasil rundingan dengan pihak syarikat penerbangan.

Sementara itu, Menteri Agama, Lukman Hakim Saifuddin pula berkata kuota jemaah haji Indonesia bagi tahun ini dikekalkan dengan jumlah jemaah dihadkan kepada 168,800 orang sahaja.

Katanya bagaimanapun permintaan Indonesia untuk menambah sebanyak 10,000 jemaah bagi tahun ini masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Kerajaan Arab Saudi telah memaklumkan bahawa pemotongan kuota sebanyak 20 peratus terpaksa dikekalkan lagi ekoran kerja-kerja menaik taraf dan meluaskan kawasan Masjidil Haram masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga memberi jaminan meningkatkan aspek keselamatan jemaah haji ekoran kerja-kerja pembinaan yang berjalan di sekitar kawasan masjid berkenaan.

Dalam tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram tahun lepas, sebanyak 12 jemaah haji Indonesia maut manakala 49 orang parah.

Lukman Hakim berkata bagi tahun ini, Kementerian Agama tidak akan menempatkan lagi jemaah haji Indonesia di kawasan Mina Jadid kerana jaraknya yang terlampau jauh dari tempat melontar jamrah iaitu tujuh kilometer.

Katanya untuk tahun ini pihaknya akan memastikan tidak ada lagi jemaah haji Indonesia yang ditempatkan di Mina Jadid iaitu tempat berlakunya rempuhan jemaah di Mina yang mengorbankan 125 jemaah haji tahun lepas.


Beliau berkata kerajaan Indonesia telahpun mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan Arab Saudi agar jemaah haji negara itu diberi kawasan alternatif bagi mengelakkan rakyatnya ditempatkan di kawasan berkenaan.
Tags / Kata Kunci: kos Haji , Joko Widodo

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan