Presiden AS: Cruz Tarik Diri, Laluan Trump Makin Mudah

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kekalahan teruk dalam pengundian Parti Republikan atau kaukus di Indiana mendorong calon kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS), Senator Ted Cruz berundur.

Keputusan drastik itu sekali gus memberi laluan lebih mudah buat bilionair, Donald Trump untuk menjadi  calon parti itu pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), November ini.

Akhbar Guardian melaporkan, menerusi saingan di pihak Parti Demokrat pula, Senator Vermont, Bernie Sanders menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Menerusi undian di Indiana pada Selasa itu, Trump menang 53.3 peratus undi berbanding 36.6 peratus oleh Cruz. 

Bilionair berumur 69 tahun itu kini mempunyai 1,047 daripada 1,237 delegasi minimum yang diperlukan bagi merebut pencalonan partinya.

Sebelum ini, Cruz adalah pencabar terakhir Trump yang mampu menggugat kedudukannya.

Dalam ucapan kemenangannya, Trump memuji pesaing terdekatnya itu.

“Saya tidak tahu sama ada beliau menyukai saya atau tidak. Namun, beliau adalah pesaing yang hebat,” kata Trump.

Trump juga memberi jaminan akan menyatukan Parti Republikan dan memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

Sementara itu, dalam ucapan kepada penyokongnya di Indianapolis, Cruz berkata: “Dari awal lagi saya menyatakan bahawa saya akan terus bertanding selagi laluan kemenangan terbuka tetapi pada malam ini saya meminta maaf kerana laluan ini sudah tertutup”.

Pengunduran Cruz meninggalkan Gabenor Ohio, John Kasich sebagai calon tunggal yang bersaing dengan Trump.

Kasich bagaimanapun tidak bertanding di Indiana susulan pakatannya dengan Cruz. Beliau sehingga kini hanya menang di negerinya, Ohio.




Tags / Kata Kunci: Ted Cruz , Donald Trump , Republikan , Indiana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan