Bayi Cina Dilahirkan Dengan 31 Jari

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

CHINA: Pasangan di Hunan, China, merayu bantuan kewangan untuk anak mereka yang berusia tiga bulan yang menghidap gangguan genetik 'polydactylism'.

Bayi lelaki itu, Hong Hong, dilahirkan dengan 31 jari di tangan dan kaki - lapan jari di tangan kiri, tujuh di sebelah kanan, dan lapan ibu jari pada setiap kakinya. Selain itu, dia juga mempunyai dua belah tapak tangan di kedua-dua tangannya.

Rupa-rupanya, ia adalah gangguan genetik turun-temurun kerana ibu kanak-kanak itu juga mengalami gangguan yang sama, mempunyai satu jari tambahan di ibu jari kaki dan kakinya.

Tetapi ia tidak menghalang beliau daripada berkerja sebagai seorang pekerja tekstil di sebuah kilang di Shenzhen, wilayah Guangdong, menurut satu laporan oleh The Telegraph.

Bapa kanak-kanak itu, Zou Chenglin, dalam laporan yang diterbitkan oleh People’s Daily berkata beliau telah meminta isterinya menjalani pemeriksaan perubatan ketika sedang mengandungkan Hong Hong untuk memeriksa jika anak sulung mereka mungkin mewarisi gangguan itu.

Chenglin berkata, doktor yang memeriksa isterinya meyakinkan mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang gangguan itu dan jaminan itu terbukti salah apabila Hong Hong dilahirkan.

Pasangan itu telah pergi ke lebih dari 10 hospital di kawasan mereka dan mengetahui bahawa polydactylism boleh dirawat melalui pembedahan ketika bayi masih muda.

Prosedur perubatan telah dilakukan terhadap Hong Hong yang ditanggung ibu bapanya dengan kos di antara $15,500 dan $77,000.

Sekarang, mereka juga merayu bantuan kewangan daripada penderma yang bermurah hati supaya pembedahan selanjutnya boleh dilakukan ke atas anak mereka dalam tempoh sembilan bulan akan datang. - The Philippine Inquirer/Asia News Network
Tags / Kata Kunci: gangguan genetik , polydactylism

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan