Lelaki Rugi RM1 Juta Dalam Penerbangan Ke Hong Kong

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 10:48 AM

Gambar fail Terminal Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Seorang lelaki dilaporkan kehilangan matawang asing dan barangan berharga bernilai HK$2 juta (RM1 juta) dalam penerbangan ke Hong Kong.

Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa penumpang itu merupakan ekspatriat berusia 39 tahun yang menggunakan penerbangan Emirates dari Dubai pada Isnin, menyedari kehilangan itu selepas dia keluar dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Dilaporkan, wang dan barangan berharga itu disimpan di dalam beg lelaki berkenaan yang diletakkan di dalam tempat menyimpan barang di bahagian atas kabin  emasa penerbangan.

Lelaki itu meminta bantuan daripada kakitangan syarikat penerbangan yang kemudiannya menghubungi polis.

"Siasatan awal menunjukkan dua jam tangan dan lebih AS$200,000 (RM783,310) dicuri dari beg lelaki itu dan jumlah keseluruhan ialah HK$2 juta (RM1 juta)," kata sumber dipetik sebagai berkata.

Polis kini sedang menyiasat kes itu yang diklasifikan sebagai kecurian. – The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan