Trump Selar Cruz, Clinton Menjelang Pemilihan Indiana

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Hanya dua hari menjelang pemilihan di Indiana, calon presiden Parti Republikan, Donald Trump bertindak menyelar dua pencabarnya, Ted Cruz dan calon Demokrat, Hillary Clinton.

Pemilihan di Indiana dikatakan akan menentukan pemenang pencalonan Parti Republikan.

Tinjauan pendapat yang diadakan sempena pengundian pada Selasa ini meletakkan Trump  jauh meninggalkan Cruz.

Ketika ditemubual Fox News Sunday, Trump mengecam Clinton, dengan menyatakan calon Demokrat itu menarik perhatian pengundian atas dasar jantinanya.

"Beliau melakukan kerja yang teruk malah wanita sendiri tidak menyukainya.

"Saya akan memberitahu anda dalam enam bulan sama ada Clinton boleh melakukannya dengan baik tetapi saya tidak fikir begitu. Jika beliau bukan wanita, beliau tiada dalam persaingan ini," katanya.

Bagaimanapun Clinton tampil menyangkal kenyataan itu di saluran CNN.

"Saya sudah banyak pengalaman berurusan dengan lelaki yang kadang-kadang tidak tahu cara bersikap dan bercakap dengan baik dan ia amat mengganggu," katanya. - AFP

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Republikan , Indiana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan