IS Mungkin Tubuh Pemerintahan Di Asia Tenggara - Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 9:47 AM

Baju-T dengan tema IS dijual secara terbuka di sebuah kedai di Bandar Baru Bangi.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Ketika Negara Islam (IS) mula hilang cengkaman ke atas wilayah di Timur Tengah, kumpulan militan itu dijangka melihat ke arah Asia Tenggara untuk mengekalkan pemerintahannya.

Penganalisis memerangi keganasan berkata sejarah militan yang panjang di rantau ini dan peningkatan jumlah kumpulan pelampau dengan ideologi IS menjadikan ia menarik perhatian rangkaian pelampau.


Sasaran yang mungkin termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura, di mana Jemaah Islamiah (JI) dan rangkaian pengganas Jemaah Anshar Khilafah, serta Abu Sayyaf, beroperasi.

"Ini adalah kawasan perlindungan yang telah wujud di mana Negara Islam gemar untuk meluaskan rangkaian mereka," kata Patrick Skinner daripada perkhidmatan perundingan keselamatan The Soufan Group (TSG) yang berpangkalan di New York.


"Tidak ada perkara atau istilah seperti pemimpin haram, mereka perlukan tempat perlindungan, mereka memerlukan tempat untuk mereka pergi ke situ, di mana mereka boleh berkata: Ini adalah tempat untuk bendera kita," katanya.


Bekas pegawai kes dengan Agensi Perisikan Pusat pada Rabu memberi penerangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Keselamatan Dalam Negeri AS mengenai ancaman keganasan di rantau ini.

Beliau menulis dalam laporan yang dikeluarkan oleh TSG pada hari yang sama bahawa memandangkan IS masih belum mewujudkan wilayah atau negerinya di Asia Tenggara 'ia mungkin akan berbuat demikian pada tahun ini, kerana cengkaman ke atas Syria dan Iraq semakin lemah' .

IS, katanya, juga mendapati Libya adalah 'kawasan yang sukar untuk kekal dan berkembang, dan adalah sangat mungkin tempat-tempat seperti selatan Filipina akan menjadi keutamaan yang akan datang'.

Tags / Kata Kunci: militan IS , IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan