Pihak Berkuasa New York Siasat Laporan Serbuk Putih Di Menara Trump

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

SIASATAN sedang dijalankan terhadap laporan berhubung penemuan serbuk putih yang mencurigakan dalam Menara Trump di Midtown Manhattan, New York.

Jurucakap Polis New York, Brendan Ryan berkata, serbuk itu ditemui di sebuah pejabat di tingkat lima bangunan itu, yang menempatkan ibu pejabat bagi kempen pemilihan Donald Trump sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi pihak Parti Republikan.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang berjalan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba New York, John Ryan berkata, seramai lima orang awam dan seorang pegawai polis diasingkan oleh pasukan kecemasan dan di bawah penilaian selepas pihak berkuasa bergegas ke lokasi pada kira-kira 8.05 malam Khamis (8.05 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Jurucakap kempen Trump, Hope Hicks mengemukakan persoalan kepada Perkhidmatan Rahsia AS.

Bulan lalu, sepucuk surat ancaman mengandungi bahan yang berbutir dihantar kepada anak lelaki Trump, Eric, bagi mendesak supaya menamatkan kempen pemilihan presiden bapanya. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Donald Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan