Abu Sayyaf Rancang Culik Adik Aquino, Juara Tinju Dunia

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 9:29 AM

Aquino berbual dengan seorang tentera yang cedera semasa pertempuran dengan kumpulan militan Abu Sayyaf semasa lawatan ke hospital tentera di Zamboanga City, Mindanao.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Aquino pada Rabu mendedahkan rancangan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk menculik juara tinju dunia, Manny Pacquiao dan adiknya, Kris, yang juga personaliti televisyen popular.

Aquino mendedahkan rancangan tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Malacanang Palace, dua hari selepas kumpulan tersebut memenggal kepala warga Kanada, John Ridsdel yang diculik di sebuah pusat peranginan di wilayah Davao del Norte, tujuh bulan lalu.

Ridsdel yang dipenggal pada Isnin selepas tarikh akhir bayaran wang tebusan itu tamat.

Kepala Ridsdel ditemui dalam karung berwarna kuning dekat balai polis di wilayah Jolo, Sulu pada hari yang sama.

Susulan itu, Aquino berikrar untuk melumpuhkan kumpulan tersebut yang melakukan jenayah kekejaman sejak penubuhannya pada 1990 sebagai anggota gabungan kumpulan al-Qaeda.

Kumpulan tersebut yang mengangkat sumpah ikrar taat setia kepada kumpulan IS di Syria dan Iraq kini menahan lebih 20 lagi warga asing lain.



Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Kris Aquino , Manny Pacquiao , culik

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan