MARIB, Yaman: Tentera Yaman yang mendapat bantuan Arab Saudi untuk melakukan serangan udara di kawasan dijajah pemberontak telah membunuh 800 ahli kumpulan militan Al-Qaeda, kata gabungan tentera Yaman-Arab.
Tentera kerajaan turut dapat menawan semula terminal minyak serta kota Mukalla, yang dianggap kubu kuat kumpulan militan.
"Operasi ini menyebabkan lebih 800 ahli kumpulan Al-Qaeda terbunuh termasuk beberapa pemimpinnya, sementara yang lain melarikan diri," kata komander tentera gabungan dalam kenyataan yang disiarkan oleh SPA - agensi berita rasmi Arab.
Operasi itu adalah sebahagian daripada serangan yang bertujuan merampas semula kawasan yang ditawan oleh militan di Yaman.
Militan berkenaan dilapor mendapat sokongan Iran.