Kawalan Keselamatan Di Hatyai Dipertingkat

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kawalan keselamatan di kawasan tarikan pelancong di Hatyai, selatan Thailand, telah ditingkatkan berikutan laporan risikan yang menyatakan kemungkinan berlaku serangan militan pada hujung minggu ini.

Menurut laporan berita versi dalam talian Bangkok Post malam Sabtu, pasukan keselamatan termasuk unit pemusnah bom melakukan rondaan 24 jam di bandar itu yang sering dikunjungi pelancong Malaysia, bagi menggagalkan sebarang serangan.

"Mereka (pasukan keselamatan) akan mengesan sebarang kenderaan yang diletakkan dalam keadaan yang mencurigakan, menggunakan peralatan bagi memutuskan sebarang isyarat telefon bimbit serta memeriksa kemungkinan pemasangan bahan letupan," katanya.

Laporan risikan daripada Pusat Operasi Keselamatan Dalaman (ISOC) di Pattani  memberi amaran kumpulan militan berkemungkinan merancang serangan bom di Hatyai pada Sabtu dan Ahad.

Pengawasan oleh pasukan keselamatan Thai itu tertumpu kepada kawasan komersial Hatyai termasuk pasar Kim Yong, Saneha Nusorn Road dan Niphat Uthit 3 Road, tambah akhbar itu.

Peningkatan rondaan di bandar itu adalah berikutan amaran daripada laporan risikan yang mendakwa kumpulan militan yang diketuai Seri Waemamu, yang aktif di kawasan Nong Chik, Pattani, Thepa dan Chana di Songkla, sedang merancang serangan.

Hatyai menjadi sasaran serangan bom yang mengakibatkan kematian pada September 2006, Mei 2007 dan Mei 2014. 

Tags / Kata Kunci: Hatyai , kawalan keselamatan , ISOC

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan