Adik Prince Bakal Warisi Harta Lebih RM3 Bilion

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 1:00 PM

Peminat masih meratapi kematian ikon muzik pop, Prince pada usia 57 tahun.

(Ubah saiz teks)

MINNESOTA: Kematian ikon muzik pop, Prince terus diperkatakan termasuk pewaris hartanya yang dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM3.13 bilion).

Laporan Mail Online menyebut, jika mendiang yang berusia 57 tahun itu tidak meninggalkan wasiat, besar kemungkinannya kekayaannya itu akan diwarisi adiknya, Tyka Nelson, 55.

Mengikut undang-undang Minnesota, saudara terdekat selepas kedua-dua ibu bapanya, John L. Nelson dan Mattie Shaw meninggal dunia yang layak mewarisi semua harta peninggalan mendiang.

Perundangan negeri itu menyebut, harta kekayaan seorang individu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak akan diwarisi kepada datuk dan nenek, ibu bapa dan adik beradik.

Bagaimanapun, turut dinyatakan Tyka adalah seorang bekas penagih kokain yang turut terlibat dengan pelacuran bagi menyara dua anak lelakinya, Sir Monte Lael Nelson dan Presiden Lennard Laeil Nelson sebelum memasuki pusat pemulihan. Dia dilapokan sembuh pada 2003.

Prince dikatakan mempunyai kekayaan bernilai lebih AS$300 juta (RM1.17 bilion) manakala hartanya dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang selepas peningkatan jualan barangan dan muzik susulan kematiannya.

Menurut BuzzAngle Music, sebanyak 230,000 album dan satu juta single daripada katalog muzik Prince terjual di AS pada hari dia diumumkan meninggal dunia.

Sementara itu, katalog muzik Prince kini bernilai lebih AS$500 juta (RM1.9 bilion), menurut pengurus pertama penyanyi itu, Owen Husney sejak mendiang menerbitkan sendiri rakaman lagunya. 

Selain itu, di NEW YORK: Mayat Prince, dibakar pada Sabtu dalam satu upacara peribadi.

Bagaimanapun, kata pegawai publisiti pemuzik itu, majlis umum sedang diusahakan bagi memperingati penyanyi itu.

"Beberapa jam lalu, Prince diraikan oleh sekumpulan kecil orang tersayang: keluarga, rakan dan pemuzik, dalam upacara persendirian yang indah untuk mengucapkan selamat tinggal. 

"Mayat Prince dibakar dan penyimpanan kekal peribadi.

Pengumuman akan dibuat mengenai tarikh perayaan muzikal," kata jurucakap Anna Meachan dalam satu kenyataan. 

Legenda pop itu meninggal dunia secara tiba-tiba pada Khamis lalu di rumah agamnya, di Paislay Park di pinggir Minneapolis. - AFP

Tags / Kata Kunci: Prince , Tyka Nelson , Paislay Park

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan