Singapura Belanja RM17.3 Juta Untuk Penempatan Semula Terumbu Karang

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura telah membelanjakan sejumlah S$6 juta (RM17.3 juta) untuk memindahkan lebih daripada 2,000 terumbu karang yang yang terletak di sekitar kawasan pembangunan pelabuhan di Tuas.

Terumbu-terumbu karang itu dipindahkan dari Sultan Shoal, selatan Tuas, ke kawasan perairan di St John dan pulau Sisters kerana kerja penambakan tanah yang perlu dibuat untuk pembangunan pelabuhan itu boleh memusnahkannya.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata perbelanjaan itu, yang disenaraikan dalam Buku Bajet 2016  termasuklah kerja-kerja yang bermula pada tahun 2013 dan akan berterusan sehingga 2019.

Jurucakap berkata ia meliputi 'kerja-kerja penempatan semula karang, pembangunan nurseri karang, termasuk pemindahan fragmen karang yang sedang berkembang ke lokasi baharu, pemantauan kesihatan karang di tapak baharu, dan pemantauan batu karang yang kekal di Sultan Shoal".


Beberapa fragmen karang juga dipindahkan ke Pulau Kusu, Lazarus Timur dan Lazarus Barat 'untuk memulihkan terumbu yang ternyahgred, dan untuk mewujudkan komuniti terumbu baharu di kawasan luar karang," katanya.

Pensyarah kanan Universiti SIM Jason Morris-Jung berkata: "Setahu saya tidak ada penanda aras untuk yang dapat menilai dolar untuk projek pemuliharaan tertentu.

"Ia biasanya perlu dikira berdasarkan kes demi kes, bergantung kepada ciri-ciri tertentu ekosistem dan manfaat atau kegunaan tertentu kepada manusia."

Beliau berkata terumbu karang yang menghasilkan telur adalah penting dan menjadi makanan bagi ikan-ikan dan dengan itu mereka menyumbang kepada perikanan laut.

"Orang ramai juga membayar wang untuk melawat, melakukan snorkeling dan menyelam di sekitar terumbu karang," kata beliau sambil menambah terumbu juga melindungi daripada hakisan pantai.

Tags / Kata Kunci: terumbu karang , Sultan Shoal

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan