Kota Bekasi Di Jakarta Selatan Dilanda Banjir Besar

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kota Bekasi di Jakarta Selatan dilanda banjir besar sedalam 2 hingga 3 meter sejak tengah hari tadi apabila hujan lebat di daerah itu sejak awal pagi Jumaat.

Antara kawasan yang paling serius dilanda banjir ialah Perumahan Pondok Gede Permai di mana ratusan penduduknya kerugian ribuan ringgit apabila tidak sempat menyelamatkan harta benda setelah kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.

Media dalam memetik laporan pejabat Polis Daerah Metro Jakarta di sini bahawa kawasan lain yang terlibat ialah Perumahan Polis di Jalan Pondok Karya, Mampang, Jakarta Selatan.

Seorang anggota polis peronda di Mampang, Tampono dipetik sebagai berkata bahawa hujan lebat sejak 3 pagi berterusan sehingga tengah hari tadi.

Banjir itu adalah yang terbesar sejak dua tahun lepas namun, belum ada penduduk yang dipindahkan setakat ini.

Beberapa jalan di daerah Jakarta Selatan turut mengalami kesesakan lalu lintas teruk akibat banjir itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan