Ikon Pop, Prince Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 7:43 AM

Prince ketika mengadakan jelajah konsert 'Diamonds and Pearls Tour' di Earl's Court Arena, London pada 15 Jun 1992. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

IKON pop, Prince ditemui meninggal dunia di rumahnya di Minnesota, Amerika Syarikat, awal pagi Khamis. Dia berusia 57 tahun.

Berita bahawa Prince meninggal dunia pertama kali dilaporkan oleh laman web selebriti TMZ, memetik sumber yang rapat dengan bintang itu.

Prince meninggal di kediamannya di Paisley Park, di pinggir kota Minneapolis yang turut dijadikan studionya.

Punca kematian masih belum diketahui, namun pada minggu lepas Prince dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana mengalami selsema yang teruk, menyebabkan pesawat peribadi yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan cemas di Illinois.

Prince dikenali sebagai penyanyi yang inovatif serta penulis lagu yang berpengaruh di Amerika kerana muziknya yang menggabungkan irama jazz, funk dan disko.

Lagunya yang terkenal di seluruh dunia termasuklah Raspberry Beret, Little Red Corvette, Let's Go Crazy dan When Doves Cry.


Dia telah menghasilkan lebih 30 album, namun albumnya 'Purple Rain' yang dikeluarkan pada tahun 1984, sering digambarkan antara yang terbaik sepanjang zaman.

Menurut laporan Reuters, Prince mula dikenali pada akhir 1970 dan selama tiga dekad berikutnya terkenal sebagai salah seorang individu paling berpengaruh dalam bidang muzik pop Amerika.

Albumnya terjual sebanyak 100 juta unit sepanjang kariernya dan memenangi tujuh anugerah Grammy.

Pada tahun 2004, dia dimasukkan dalam muzium Rock and Roll of Fame.

Lagu nyanyian Prince iaitu Kiss and Batdance turut menjadi lagu tema filem Batman pada 1989.

Prince atau nama sebenarnya Rogers Nelson lahir di Minneapolis pada 7 Jun 1958. Lagu pertamanya ditulis ketika berusia 7 tahun. Selain menyanyi dan menulis lagu, Prince berbakat bermain beberapa alat muzik, termasuk gitar, keyboard dan drum.

Prince berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan penyanyi Mayte Garcia pada 1996 dan Manuela Testolini pada 2001. Kedua-dua pernikahannya berakhir dengan perceraian.

Tags / Kata Kunci: ikon pop , legenda pop , Prince

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan