Pemandu Langgar Lampu Merah, Rempuh Remaja Sebelum Sebabkan Kematian Penumpang

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 12:27 PM

Muhammad Nizam Abdul Karim

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dia adalah seorang pemandu 'fasa percubaan' yang berusia 20 tahun ketika itu. Tetapi, dalam masa kurang dari 10 jam, Muhammad Nizam Abdul Karim telah melakukan kesalahan melanggar lampu merah, merempuh seorang pejalan kaki dan kemudian menyebabkan kematian seorang penumpang di dalam van yang dipandunya.

Kejadian berpunca apabila Nizam tiba-tiba memecut dan membuat pusingan tajam sebelum penumpang, Nur Fatin Diana Norazlan, 16, cuba untuk menutup pintu van.

Bahagian belakang kepala Norfatin terhantuk ke tanah dan dia tidak bertindak balas. Bimbang lesennya ditarik, Nizam pada masa itu memberitahu rakan-rakannya supaya tidak memanggil ambulans.

Norfatin meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sambil menyifatkan tindakannya sebagai jelas tidak bertanggungjawab dan tidak dapat dipertahankan, Hakim Daerah Luke Tan pada Rabu menjatuhkan hukuman 13 bulan penjara terhadap Nizam yang kini berumur 22 tahun.

Nizam mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan: memandu secara berbahaya, kecuaian sehingga menyebabkan kepada membunuh tanpa niat, memiliki dadah dan penggunaan dadah.

Dia juga akan dihalang daripada memandu selama lima tahun selepas dibebaskan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 12 April 2014, Nizam telah memandang remeh peranti Sistem Kedudukan Global dalam kenderaan yang dipandu semasa memandu di sepanjang Bedok South Avenue 2.

Kira-kira pukul 7.50 petang, dia melanggar Chua Shuen Zhi yang berusia 18 tahun  di lintasan luar Sekolah Rendah Bedok Green.

Chua tercampak pada jarak jauh, tidak sedarkan diri dan memerlukan 10 jahitan di dahi.

Cermin depan van telah retak teruk dan majikan Nizam telah menyuruhnya pergi membaiki kerosakan itu. Sebaliknya, dia menggunakan van itu untuk bersiar-siar dengan rakan-rakan di Pantai Changi sepanjang malam.

Kira-kira pukul 5.30 pagi, Norfatin dan adiknya Norfarah Aqasha menaiki bahagian belakang van yang diparkir di tempat letak kereta di sana.

Norfatin duduk dekat pintu gelangsar sebelah kiri, dengan membelakangi tempat duduk penumpang hadapan.

Apabila dia mahu menutup pintu, Nizam memecut secara tiba-tiba dan membelok ke kanan, ke arah pintu keluar tempat letak kereta. Keadaan itu menyebabkan pintu gelongsor terbuka dan tertutup, menyebabkan Nur Fatin tercampak keluar.

Melihat kakaknya di atas tanah, disertai bunyi dentuman kuat, adiknya menjerit meminta Nizam menghentikan van. Rakan-rakannya mahu menghubungi ambulans, tetapi Nizam memarahi mereka.

Dia kemudian membawa Nurfatin ke bahagian belakang van bersama rakan lelakinya dan memandu ke tempat letak kereta yang lain. Dia kemudian pergi ke pantai untuk berbual dengan rakan-rakan perempuannya, manakala Norfarah tinggal bersama kakaknya.

Pukul 7.20 pagi, Norfatin kesejukan dan jarinya bertukar menjadi biru.

Adiknya menghubungi ambulans manakala seorang kawan pergi untuk mendapatkan bantuan di khemah pertolongan cemas di kawasan berhampiran.

Norfatin disahkan meninggal dunia di hospital pada 9.25 pagi.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Tan, menonjolkan bagaimana Nizam gagal menghubungi ambulans dan berkata: "Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa tindakan tertuduh adalah mementingkan diri sendiri dan jelas menjadikan keadaan yang tidak baik mejadi lebih buruk lagi."

Nizam turut ditahan kerana memiliki dan mengambil dadah methamphetamine pada 10 November tahun lepas. -  The Straits Times/Asia News Network
Tags / Kata Kunci: pemandu cuai , Luke Tan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan