Pelantar Minyak Meletup, Tiga Maut, 30 Cedera

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Tiga pekerja pusat pemprosesan minyak terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas berlaku letupan besar di situ pada Rabu.

Kepulan asap toksik yang kelihatan dari jauh turut menyebabkan pemindahan dilakukan serta-merta di pelantar minyak Pajaritos itu.

Letupan yang boleh dirasai sejauh 10 kilometer itu memaksa premis perniagaan dan sekolah ditutup bagi memberi laluan kepada usaha pemindahan.

Punca letupan di loji Petroquimica Mexicana de vinilo (PMV) milik bersama Pemex itu masih belum diketahui setakat ini.

Gabenor Veracruz, Javier Duarte memberitahu, Pemex mengesahkan seramai tiga pekerjanya terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam letupan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Mexico City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan