Selatan Thai Digegar Lagi Tiga Bom, 10 Anggota Keselamatan Cedera

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Wilayah selatan Thai terus bergolak apabila 10 anggota keselamatan cedera dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Rabu.

Ketua Polis Narathiwat Mej.Jen Polis, Pattanawut Angkanawin berkata, lima anggota sukarelawan tempatan cedera apabila serangan sebutir bom terkena kenderaan dinaiki mereka ketika pulang daripada menjalankan tugas keselamatan di Takbai pada pukul 4.30 petang.

"Bom itu diletupkan ketika mereka pulang daripada menjaga keselamatan pilihan raya ketua kampung di Mukim Chek He, Takbai. Seorang daripada sukarelawan itu putus kakinya," katanya kepada pemberita di sini.

Letupan bom terbabit turut mengakibatkan kenderaan dinaiki mereka rosak teruk, katanya dan menambah, kesemua yang cedera itu telah dikejarkan ke Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk mendapatkan rawatan.

Kira-kira sejam sebelum kejadian di Takbai itu, sebutir bom turut dilaporkan meletup di Pattani mengakibatkan lima anggota polis yang sedang melakukan rondaan keselamatan cedera.

Ketua Polis Pattani Mej.Jen Thanonsak Wangsupa berkata bom terbabit disasarkan terhadap anggota polis yang melakukan rondaan jalan raya antara daerah Nongchik dan Muang Pattani.

Sebutir bom turut dilaporkan meletup berhampiran pejabat pentadbiran Mukim Bachok, Benansetar, Yala pada 2.50 petang Rabu, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Letupan Bom , Pattani , Takbai

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan