Pemilik 'Ayam Goreng Louis Vuitton' Didenda

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pemilik restoran ayam goreng membayar 14.5 juta Won (AS$12,500) kerana enggan mematuhi larangan menggunakan nama jenama mewah Louis Vuitton.

Pemilik yang hanya dikenali dengan nama keluarga Kim menggunakan nama "LOUIS VUITON DAK" pada restorannya di Seoul.

Ia adalah singkatan daripada perkataan asal "tongdak" yang bermaksud keseluruhan bahagian ayam.

Dia juga menggunakan logo yang hampir menyerupai jenama fesyen Perancis itu.

Selain itu dia turut mencetak logo berkenaan di tuala dan kotak pembungkusan makanan.

Kecewa dengan tindakan Kim itu, Louis Vuitton memfailkan saman pada September tahun lepas kerana penggunaan nama syarikat untuk menjual ayam goreng telah merosakkan jenama mereka.

Sebuah mahkamah daerah di Seoul bersetuju pada Oktober lalu mengarahkan Kim untuk berhenti dan mengancam mengenakan denda 500,000 Won sehari kerana tidak mematuhi arahan.

Kim kemudiannya menukar nama restorannya kepada "chaLouisvui tondak".

Louis Vuitton mengadu lagi dan minggu ini mahkamah memerintahkan Kim membayar jenama mewah itu sebanyak 14.5 juta Won.

"Walaupun dia menukar nama dengan jarak yang berbeza, kedua-dua nama kedengaran hampir sama," kata hakim seperti yang dipetik Korea Times. -AFP

Tags / Kata Kunci: Louis Vuitton , Louis Vuitton Dak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan